thanks for your visits :)

Sunday, March 18, 2012

aku dan egoku

Assalamualaikum wbt,
kata Dr. Subra, lecturer Semantics, ego itu bagus.
katanya ego yang menjaga perasaan kita, dan hati kita dari kekecewaan.
sungguh, aku akui itu.
katanya benar.
walaupun dia bukanlah Muslim, kata-katanya yang berupa nasihat tak ubah seperti seorang Murabbi.
dan pegangannya juga bagus.
bagai seorang Muslim layaknya.
katanya dia percaya pada Pencipta yang satu,
tapi dia tak percaya pada label agama.
biar saja, bukan isu agamanya yang ingin aku persoalkan disini.
nasihatnya yang aku kagumi.

katanya, bila terjadi sesuatu yang menyakitkan,
kita akan sedaya upaya meletakkan kesalahan itu pada orang lain.
dan itu bukan lah apa yang kita putuskan. bukan dalam keadaan sedar juga.
ego yang mengambil alih bila terjadinya hal yang sebegitu.
ego sedang cuba menjaga hati, untuk mengelak dari rasa disakiti,
ego sedang cuba menjaga hati, untuk mengelak dari rasa dikhianati.
ego sedang cuba menjaga hati, dari terus-terusan menangisi diri.
itu bagus,

tapi, ada yang tidak bagusnya ego itu.
contohnya, aku tampilkan diri sendiri.
aku ego.
dan ego aku mencipta jarak antara aku dan orang yang aku sayangi.
aku lukakan mereka.
aku susahkan mereka.
aku bebankan mereka.
apa jenis manusia aku ini?
sehingga kerana ego aku kehilangan semua.
kerana ego aku dalam derita.
kerana ego aku cipta sengketa.
kerana ego, aku kehilangan mereka yang aku cinta.

ada saatnya aku ingin berubah
ada saatnya aku ingin berhenti bersalah
ada masanya aku ingin menjadi yang indah
buat mereka dekat dihati
buat mereka yang mengisi ruang kosong dihati

tapi berubah itu memerlukan masa
berubah itu memerlukan usaha
berubah itu memerlukan seseorang yang menyokongnya,
menyambut tatkala diri rebah gelisah
menyapu air mata tatkala diri hiba dengan keluh kesah
mendengar tatkala diri tidak begitu tabah
sungguh,
aku perlukan seseorang


ah hati,
itu cuma alasan
jika kau betul berkehendak,
harusnya tiada yang susah

aku sungguh hilang kekuatan
bila orang yang disayang turut berpaling tadah.
bukan dia yang bersalah.
banyak peluang yang diberikan
aku yang yang tersilap langkah
aku yang tersilap menterjemah
aku pusing, aku buntu.
aku tak tahu
apa harus aku biarkan dia pergi
mencari dirinya yang baru
menyambut bahagia yang tetap memburu
yang semestinya bukan bersama aku.
pasrahkah aku, damaikah aku, redakah aku?
persoalan yang hanya mampu hati beri jawapan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...