thanks for your visits :)

Friday, March 11, 2016

Aku penat

Sedih? Sakit hati? Marah?
Pujuk sendiri

Tuhan
Aku penat

Saturday, January 16, 2016

Makin sayang. Keliru dengan perasaan.

Hari rabu (13/1) hari tu juju pergi klinik kesihatan untuk buat bsp (blood sugar profile). Juju drive sendiri. While going through the procedure at the nurses' station, where they're going to prick my finger to get a blood sample and put it on a strip to get the sugar level reading, juju duduk membelakangkan pintu masuk dan tempat menunggu. Tahu tahu bila juju dah siap dan dah bangun untuk balik, eh nampak abang ada dekat kerusi tu. Smiling.

I was surprised. But happy and relieved at the same time. Jadi sepanjang masa drive balik ke rumah dari klinik dan singgah ke shell, abang ikut dari belakang. Yes. I felt relieved. Rasa selamat.

Malam tu pergi bsp yg last terus pergi uia. Dari uia pergi karaoke dan terus ke ikip tanjung lumpur.

Dear abang,
You keep on giving me the hints that i understood as you're still love me.
But petang tadi abang cakap tak tahu rasa apa. Because you chose to ignore everything. Semua yang abang buat atas rasa tanggungjawab je.

Haishhh,
Feelings are complicated.

Yes i know you won't read what i wrote here. Hahaha.

Silly me.

But i need to get things off my chest

Friday, January 15, 2016

Perasaan itu apa?

Ada masa aku tak rasa apa-apa,
Ada masa aku terlebih rasa,
Ada masa aku punya soalan yang tak terjawab banyaknya,
Ada ketika aku tertanya hala tuju kita kemana.

Ada satu hari tu aku buat kerja gila. Balik dari tempat kerja aku ke pantai sepat.
Melayan rasa.
Menangis semahunya.
Tak pasti perasaan apa.
Tak pasti rasa aku apa.
Yang aku tahu,
Aku tak cukup kuat dah.

Dari sana aku singgah dekat masjid tanjung lumpur. Berlama-lama disitu sampai isyak. Mencari kekuatan. Menepis kegilaan. Belum berlama dipantai sana, aku rasa mahu ke tempat lapang lagi. Apa yang tak kena juju?Entah, kemana je kaki ni pergi, kesitulah bakal aku duduk sampai puas hati. Dalam banyak-banyak tempat, Tc jugak yang dipilih.

Sejuk. Nyaman. Sunyi. Sedih. Terasing. Bercampur menjadi satu rasa yang aku kira tak pasti apa namanya. Kesian anak ini. Menjadi mangsa kegilaan perasaan ibunya. Harus aku lebih menjaga diri. Kerana tak lama lagi dia bakal berjauhan dengan papanya, harus aku sentiasa ada buat dia.

Dear abang,

Apa perasaan abang dekat mira? Yes, abang selalu cakap nanti lepas habis pantang kita buat itu ini. Nanti kita set up gerai nasi lemak sama-sama. Nanti kita kesana sini sama-sama. Do you still love me the same? Or even more than before? Do you?

Tuesday, January 12, 2016

Ingat tak?

Abang tahu tak,
Setiap malam mira baring sebelah abang,
Mira tertanya-tanya,
Apa perasaan abang dekat mira?
Mira tengok je muka abang sampai mira boleh lelap.
Sebab mira takut,
Takut sangat-sangat kalau satu hari nanti bila mira bukak mata abang takde sebelah mira.
Mira tak nampak muka abang bila bangun dari tidur.

Abang ingat tak yang abang pernah cakap dekat mira,
Yang kalaupun kita pisah sekarang,
Abang cakap one fine day abang akan kembali ke mira.
Kembali ke baby.
Kembali ke keluarga kita.
Abang yakin abang akan kembali ke family kita ni.

Tapi kan abang
What if abang tak balik dah sampai bila-bila?
What if abang jumpa orang pastu abang tak nak balik ke mira dengan baby dah?

Masa tu mira la yang paling menyesal sebab lepaskan abang pergi.

Sebab tu mira cakap dengan abang yang mira tak nak pisah sampai bila-bila. Mira takkan lepaskan abang sampai bila-bila.

Abang faham tak?
Mira takut kehilangan abang sampai bila-bila.

So please jangan pujuk mira untuk lepaskan abang pergi. Mira tak mampu.

Semalam mira happy sangat-sangat tahu tak.
Sebab abang ajak mira teman abang hantar barang.  Sebab abang bercerita banyak. Mira happy sebab abang ajak pegi kl 3 hb nanti dengan abang. Dengan baby.

Walaupun mira nampak mata abang sembap semalam. Macam baru lepas menangis.

Abang,
Kita jangan pisah sampai bila-bila yea?
Lillahi mira sayang abang sampai bila bila.


(P/s: Terima kasih belikan mira karipap dengan kuih buah melaka hari ahad tu. Sayu je rasa nak makan)


(P.p/s: mira rindu abang. Hari ni abang balik rumah mama mira rasa sunyi. Sebab abang kat sana jadi mira tahu abang akan jarang or tak reply whatsapp mira langsung)

Saturday, January 9, 2016

Failed to read the cues

Yelah. Aku sorang je lah yang fail bab bab baca hints dan cues orang ni. Kau tak pulak.
Sebab tu ke kau tak nampak yang aku sayang kau sangat sangat?
Tak faham ke semua yang aku buat tu sebab aku nak kau stay dengan aku.
Dengan family kita ni.
Dengan anak yang bakal lahir ni?
Tak nampak?
Hari tu kat tc boleh je abang cakap abang sayang orang.
Last last esok nya terus cakap feeling abang dekat orang dah zero.
Tahu tak sakit dia tu macam mana?
Arif shahir mohd asri awak faham tak?

Entah apa kesudahannya

Salam'alaik

Hari rabu lepas, sebelum ke tc buat kali kedua tu, abang ingat tak yang kita ada cakap cakap kat depan tu?
About our feelings.
Sampai mira tanya abang if abang masih rasa kosong dengan mira.
Abang cakap tak.
Abang cakap kita bukan started from scratch dah.
Sebab kita kat tengah sangat sangat dah.
And that we can make things work.
Just like what you said that night you were crying.
Abang cakap abang akan pastikan hidup kita bahagia..

Little did i know.
Zero feelings abang dekat dia tu dah tak zero dah.
Kecewa tak payah cakap.
Abang pergi jumpa dia.
Abang tipu mira lagi.
Abang buat mira benci diri sendiri.
Abang buat mira benci dia sangat sangat.
Abang buat mira rasa sakit teramat.
Buat mira rasa nak dia sakit sama macam apa mira rasa.

Alang alang mira sakit.
Biar kita semua sakit.
Kan senang macam tu.
Biar mira buat dia pergi sejauh mungkin.
Mira takde daya nak buat perasaan abang hilang.
Walaupun dia cakap abang macam-macam.

Leave other people alone?
Nope.
Sebab abang dah drag dorang masuk.
Semua dah terlibat.
So i'll do what i have to do.
Sampai bila bila.
Tak kisah walaupun malam tadi abang pukul mira macam apa sampai sakit sakit badan mira.
Gigit sampai bengkak lebam semua.
Takpe. Janji baby takde sakit pape.
Sanggup kan abang pukul mira yang tengah sarat semata-mata sebab dia.
Macam dah masuk hantu.
Tak boleh nak lupakan dia?
Tapi abang boleh pulak lupakan Allah masa dengan dia?

Hampir gila sebab dia takut mira viralkan gambar tu?
I will do exactly that kalau abang tinggal mira.
I will do exactly that kalau abang ignore mira.

Supaya dia dapat rasa sikit,
Macam mana hampir gilanya mira dapat tahu pasal abang dengan dia.
Supaya abang faham jugak apa yang mira rasa.
Baru sama sama rasa dan merasa.
Kan?

Thursday, January 7, 2016

I thought

Abang tahu tak, masa abang dok gosok perut mira malam kelmarin tu, dengan rambut mira sampai mira terjaga tu, kemudian mamai kemudian terkejut sebab rasa air mata abang jatuh kat pipi mira,

I thought, my husband is finally back home.
But i was wrong.
Yang sebenarnya mira jahat sangat sampai dengan masak untuk abang pun cukup untuk buat abang sedih.

Mawar sayang,
Ibu mintak maaf.
Tak dapat berikan mawar hidup yang sempurna.
Takpe, slow slow ibu usaha untuk beli kereta okay.
Ibu sayang mawar.
Papa mawar pun ibu sayang.
Tapi sayang ibu sakitkan dia.
Ibu harap mawar tak sakit dengan kasih sayang ibu.

Jangan senyum lagi dah

Salam'alaik

Hmm
Juju, pasni jangan happy happy lagi dah yea.
Jangan menaruh apa-apa harapan.

Hari ni pagi tadi awal awal lagi happy.
Sebab suami hantar ke klinik.
Hantar pergi kerja.
Naik kereta baru.
Baca whatsapp tu.
Tapi bila juju happy, something bad will happen. I'm cursed i guess.

Patut baby yang rasmi dulu, tapi papa dia dah bawak orang lain naik dulu. Life is funny that way. Sakit. Sakit sangat.

Abang, tak mengapa la andai kosong je yang abang rasa bila abang pandang mira. Tak mengapa kalau abang lupa semua pasal mira. Mira takde daya dah nak buat abang sayang mira.

Mira banyak kekurangan. Mira tak cantik. Mira tak pandai. Mira takde kerja yang gaji besar. Mira tak mampu nak senangkan abang.
Mira masak pun abang rasa susah. Sorry.

Juju ingat yea. Pasni jangan happy happy lagi dah. Jangan suka suka. You're cursed to feel sad for the rest of your life. You're cursed to love someone who won't love you back. Your life is funny that way.

Tak punya apa

Salam'alaik

Abang, it does feel nice kan?
Start dari zero when we got married,
Kemudian dapat 2442.
Dengan 2442 tu la kita cari kerja.
Dengan 2442 tu la abang ulang alik dari kfc pj dtg jumpa mira dekat uia.

Abang balik kuantan jadi guru ganti lepas 2 bulan kita kahwin, abang dapat 1419.
Abang jual nasi lemak malam-malam kat uia kuantan. Penat kan? Kesian abang..

Sedih bila ingat balik. Tapi sweet jugak kan. Sebab we've only got each other at that moment.

Kemudian abang dapat 484.
Abang naik tu ulang alik kuantan-kl jumpa mira. Allah je tahu setiap kali abang start perjalanan betapa mira risau kat abang. Sebab takut jadi apa-apa. Apatah lagi kalau malam-malam abang gerak.

2 tahun lepas dapat ninja 2624. Lagi cepat abang sampai. First time mira naik gayat habis. Hahaha. Tapi best.
Mira suka tengok abang masa tu. Excited dapat ninja. Seronok sangat sangat. Mira tumpang happy.

Semalam 6/1/2016
Finally dapat kereta sendiri.
3427 welcome to our family. Hasil titik peluh kita. Takde orang lain yang campur tangan. Takde orang lain yang terlibat. Cuma kita berdua yang menjamin diri keluarga kita.

Abang, terima kasih for everything.
I love you.
I really do.

Tuesday, January 5, 2016

Sudden date

Salam'alaik

Last night we went to tc looking for his spectacles' frame. Pusing pusing dalam arked dekat tc dari satu kedai ke satu kedai. Finally jumpa dua yang sama😁.
Abang cakap senang nanti kalau patah lagi dah ada spare.

Mula mula ingat macam nak balik terus, tapi bila  ternampak kiosk ais krim mcD tu macam terliur la pulak. Hahaha. Dah la pasni kena pantang sejuk sejuk setahun demi kesihatan dalaman tubuh badan😄😄.

So sundae cup for each of us.
Chocolate for him and strawberry for me.
Duduk betul betul atas batu depan kiosk ais krim tu. Dengan beranginnya. Dengan sejuknya.. Dengan suasananya. It feels just right. Lama dah tak keluar jalan jalan macam tu.
Hahaha. It felt a bit awkward jadi juju tak tahu nak buat apa.
Rasa macam masa mula mula date dulu.
McD jugak. Ada sundae jugak.
We talked. Casually.

And i do hope jiwa abang yang masih terasa kacau itu cepat tenang.

Abang, terima kasih untuk malam tadi.
I miss you. I really do. And i do hope we are getting better. Better and better for each passing day. Till death do us part.

(P/s: The compliment you gave me yesterday, mira akan ingat sampai bila-bila taw😘😘 )

Sunday, January 3, 2016

Dah lama

Salam'alaik

Abang
Dah lama mira tak nampak abang like apa-apa yang mira share dekat fb. Even dekat post yang mira tag abang.

That moment i thought you were extremely busy that you had no time to entertain small things like liking my post or comment anything.

Sekarang abang ada like apa yang mira share. And i actually cried. Was it because i miss you doing it so much?
Was it because you gave me some of your time to pay an attention to me?
Was it because i saw hope in this relationship?

Are we getting better abang?
Most of the times kan, bila mira jumpa love quotes yang best best, mira rasa nak bagi je ke abang. Tapi mira takut jugak kalau kalau mira kacau abang. Takut abang tak suka.

Abang sayang,
Terima kasih layan mira baik baik.
Terima kasih for your smiles.
Terima kasih for your times.
Terima kasih for your presence.
Thank you for staying here.

Terima kasih makan apa yang mira masak.
I could never thank you enough.
Terima kasih for your loving words.
I love you.
Mira rasa takut nak cakap depan depan i love you. Takut abang tak suka.

Abang,
Apa pun jadi dimasa depan,
Mira takkan pegi mana mana. Mira akan tetap tunggu abang kat sini. Dengan mawar.
Mira akan tetap sayang abang sorang je.
Okayy?
😘😘

Saturday, January 2, 2016

Numb

On the night of the new year we went for midnight movie. Watching Ip Man 3.
One of things that i've been wanting to do since we moved here. But due to limited time and financial resources, lists are going longer but no cross off marks.

First movie date for 4 years of marriage.
The first movie date was when we were a couple. Tengok cerita shrek 4 happy ever after.

He said he'd done it a few times already. Sadly not with me😢.

Throughout the movie, i've been wanting to hold his hand. But too afraid to do so.
And i guess i looked at him more often than putting my eyes on the screen. With this giant question mark in my head.

"Abang, masih rasa kosong ke bila abang tengok mira?"

"Abang, what are you feeling right now?"

"Abang, do you enjoy this moment as much as i am?"

And a lot more q's that i myself have no answers.

On our way back,
He talked a lot.
About why he took those decision.
About what he's feeling.
About his family.
About why i'm gonna hurt and suffer more when i stay.

Hey hubby,
This wife of yours is so strong that she survived living even when most of the times she's alone.
A few more hurtful events won't hurt her as much as she's going to hurt when you leave her in the nearest future.

Setiap kali mira ulang.
Tak mengapa kalau sakit
Kerana penawarnya abang.

Bila abang ulang ulang pasal pisah is a better decision, this wife feels like dying.
Dia terus lembik.
Tak kuat.
Dia rasa numb.
Hidup macam tak ada ertinya lagi.
Masa tak terasa berlalu pergi.
Air mata mengalir tak berhenti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...