thanks for your visits :)

Saturday, April 7, 2012

berubah itu pasti!!!

Assalamulaikum wbt,
Allahu Rabbi,
hectic sungguh apabila second half of the semester sudah bermula.
Allahu Rabbi,
berikan aku kekuatan
untuk aku selesaikan amanah pengajian yang tertanggung di bahuku ini
amanah-Mu, amanah ibubapaku, amanah adik-beradikku, amanah Muslim seluruhnya.
ada suara sumbang mula berkata
aku mencari populariti menggunakan agama.
tulisan yang kononnya Islamik mahu menggamit mereka berbaik sangka

bukan itu yang aku cari.
bukan manusia yang mahu aku puaskan hati
cukup Dia tahu yang aku menulis untuk muhasabah diri suatu hari nanti
aku mahu simpan sebuah diari
yang bila cukup 10 tahun lagi akan aku baca kembali.
melihat betapa matang akhirnya diri ini

Allahu Rabbi,
tetapkan hati
mohon diberi kekuatan untuk berubah ke jalan suci
mohon ditawarkan hati untuk hal duniawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...