thanks for your visits :)

Friday, January 15, 2016

Perasaan itu apa?

Ada masa aku tak rasa apa-apa,
Ada masa aku terlebih rasa,
Ada masa aku punya soalan yang tak terjawab banyaknya,
Ada ketika aku tertanya hala tuju kita kemana.

Ada satu hari tu aku buat kerja gila. Balik dari tempat kerja aku ke pantai sepat.
Melayan rasa.
Menangis semahunya.
Tak pasti perasaan apa.
Tak pasti rasa aku apa.
Yang aku tahu,
Aku tak cukup kuat dah.

Dari sana aku singgah dekat masjid tanjung lumpur. Berlama-lama disitu sampai isyak. Mencari kekuatan. Menepis kegilaan. Belum berlama dipantai sana, aku rasa mahu ke tempat lapang lagi. Apa yang tak kena juju?Entah, kemana je kaki ni pergi, kesitulah bakal aku duduk sampai puas hati. Dalam banyak-banyak tempat, Tc jugak yang dipilih.

Sejuk. Nyaman. Sunyi. Sedih. Terasing. Bercampur menjadi satu rasa yang aku kira tak pasti apa namanya. Kesian anak ini. Menjadi mangsa kegilaan perasaan ibunya. Harus aku lebih menjaga diri. Kerana tak lama lagi dia bakal berjauhan dengan papanya, harus aku sentiasa ada buat dia.

Dear abang,

Apa perasaan abang dekat mira? Yes, abang selalu cakap nanti lepas habis pantang kita buat itu ini. Nanti kita set up gerai nasi lemak sama-sama. Nanti kita kesana sini sama-sama. Do you still love me the same? Or even more than before? Do you?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...