aku semenjak kebelakangan ni sering juga menjadi silent reader di blog kawan-kawan.
kadang-kadang, yang belum menjadi kawan pun aku baca.
tapi jangan salah faham. selalunya aku baca setelah aku pening bergelumang dengan jurnal-jurnal yang harus dibaca untuk research paper aku semester ini.
yea, pagi-pagi lagi aku bangun, kelas hari isnin dan rabu bermula pada pukul 9 pagi berakhir pada pukul 1 petang. kemudian ada gap untuk 2 jam setengah sebelum bermulanya kelas English Learning & Teaching (ELT) aku pada pukul 3.30 petang dan tamat pada pukul 5 petang.
manakala kelas pada hari selasa dan khamis bermula pada pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi, dan gap selama 4 jam sebelum bermulanya kelas English Academic Writing (EAW).
masa yang ada aku gunakan untuk membaca. jurnal mahupun nota-nota yang ada.
sedar diri tak sebijak mana, maka aku berusaha sehabis daya untuk meningkatkan prestasi.
berbalik kepada entry kali ni.
"Aku sayang Tuhan". frasa yang aku ambik dari blog cik jojo.
sewaktu bait-bait ini meniti mata, hati kecil bertanya,
"Selama kau hidup, apa yang kau lakukan kerana Dia?"
hati besar yang selalunya bongkak diam tak terkata.
ya, ada jawapannya,
yang bagi aku tak semuanya aku harus kongsi disini.
cukuplah buat mereka itu tahu, bahawa aku sayang mereka kerana Allah yang satu.
cukuplah buat mereka itu tahu, bahawa aku berkorban untuk mereka kerana Dia yang satu.
cukup lah buat dia tahu, kalau selama ini sayang aku padanya kerana Allah yang satu.
persoalannya, bagaimana untuk mereka tahu?
kewujudan blog yang menjadi diari tak rasmi aku juga tak mereka tahu.
bagaimana bisa dia mengerti?
bahawa sayang aku padanya tak pernah berhenti.
dari awal perkenalan sehingga ke hari ini.
tapi lebih dari mereka,
sayang aku harus pada Tuhan sebelum manusia.
harus aku gunakan sebaik-baiknya selagi mendapat nikmat usia.
aku sayang Tuhan aku, Allah yang satu,
yang selama jahat dan baiknya aku tak pernah jauh meninggalkan aku.
tak seperti manusia yang tatkala aku sempurna diterima.
tatkala berguna aku dilayan bagaikan raja.
bila berbuat salah di hina.
kerana aku manusia biasa,
banyak terleka dan alpa.
buat mereka terutamanya dia
aku mungkin bukan manusia yang sempurna,
tapi aku berjanji untuk menjadi manusia yang paling setia.
buat Pencipta,
dan mereka terutamanya dia yang merupakan anugerah yang teristimewa.
buat cik jojo,
jutaan terima kasih ku ucapkan.
frasa mu itu membuat aku sedar,
kita tak pernah sunyi selagi adanya Dia dihati.