thanks for your visits :)

Wednesday, October 31, 2012

pre-stress

Assalamualaikum wbt,
ye, juju ngah pre-stress sekarang ni
mana tidaknya, penat nya kemain,
exam la, assignments la.
Ya Allah, mohon diberi kekuatan melangsaikan hutang pengajian.
tanda-tanda stress juju pelik sangat hokay,
siang-siang sejuk kemain rasanya, walaupun panas matahari kat luar tu membahang.
tapi malam-malam panas nya kemain.
kipas kalu bukan nombor 5, memang tak sah.
maka tidur lah saya dalam keadaan kipas yang sangat laju, dah macam kipas helikopter dah rasanya.
siap ada sound effect lagi, terasa macam tidur diawang-awangan.



Sunday, October 14, 2012

Tahniah Syaza & Aiman

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, satu lagi masjid telah dibina. Tahniah Syaza dan Aiman, kawan juju satu course. mereka berkahwin bersama 3 lagi pasangan di Grand Marriage yang dianjurkan uni.
Alhamdulillah, dan semalam, hujan rahmat tak berhenti turun dari langit :).
tanda Allah dan seisi alam turut merestui mereka-mereka ini.
Syaza & Aiman,
tahniah diatas kehidupan baru kalian.
Allah bless you :')
Allah bless your marriage till Jannah.
maka saling melengkapi lah kalian dan saling menyempurnakanlah separuh dari agama kalian.


maka disini jugak, juju copied and pasted nasihat buat pengantin-pengantin baru, dan jugak buat bakal-bakal pengantin dari Dr. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu untuk semua rakan FB saya dan mereka yang sudi menjadi suscriber untuk tulisan-tulisan saya. Siapalah saya kalau dibandingkan dengan nama-nama hebat seperti Hilal Ashraf, dan penulis2 lain yang terkenal. Apapun, sokongan kalian untuk terus bertinta di Muka Buku, saya sangat2 hargai dan saya ucapkan jutaan terima kasih.
Musim pernikahan masih belum selesai.
bermula daripada hari raya puasa hinggalah sekarang. Dulu, kalau nak melangsungkan perkahwinan, orang-orang tua terutamanya orang kampung sangat memilih tarikh. Sebabnya mereka mahukan sanak saudara berkumpul dan sama-sama bergotong rorong memasak untuk kenduri. Majlis pernikahan dianggap sebagai masa paling sesuai untuk merapatkan hubungan persaudaraan, bak kata DJ RTM semasa saya kecil dulu, "yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan." tapi hari ini banyak faktor lain yang diambil kira apabila mahu mengadakan majlis perkahwinan.

Soal masak dan makanan tidak menjadi masalah lagi, kerana sangat banyak pilihan untuk memlih caterer dari yang termurah hinggalah yang termahal. tidak jadi masalah kepada yang nak memilih caterer, tetapi akan jadi masalah kepada pihak lelaki yang akan menghantar wang hantaran yang menjadi satu adat dan kewajiban orang Melayu di Malaysia. yang baru bekerja ada yang terpaksa berhutang demi nak menjaga air muka semasa hari kenduri. Malulah kat orang kalau tak ada door gift yang hebat-hebat, malulah kat orang kalau tak bersanding atau buat majlis resepsi di hotel atau dewan2 yang hebat. ada yang kata, tak mainlah buat majlis di dalam kawasan masjid atau di dewan komuniti yang sangat sederhana.


Allahu Rabbi, pernikahan itu untuk memberikan ketenangan hati, bukannya untuk menambahkan tension kerana berfikir tentang hutang dan sebagainya. Lainlah kalau kita nak berkahwin dengan putera atau puteri raja. Tapi apa nak buat, orang melayu telah sebati dengan perkataan raja sehari, jadi kenalah buat persiapan macam anak raja. teruskanlah budaya Raja Sehari asalkan saja tidak menjadi 'beraja di mata, bersultan di hati.'


Kepada semua pengantin baru,dan yang bakal menjadi pengantin, saya ucapkan selamat pengantin baru, semoga rumahtangga yang dibina bersama izin Allah dan restu ibubapa masing2 akan sentiasa dilimpahi dengan mawaddah dan rahmah. Cuma sebagai orang tua yang telah melalui suka duka, pahit manis alam rumahtangga, saya suka menasihatkan kalian...."Teori yang kita baca, yang kita ingin applykan di dalam alam rumahtangga kita memang sangat cantik dan sangat indah, sangat ideal. tetapi ada masanya, realiti kehidupan tidak seindah impian kita. Apapun, teruskan berdoa dan berusaha agar impian tidak tinggal impian. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat."


Ingatlah..pernikahan itu adalah give and take, tetapi kalau hanya asyik give..give and give...bimbang satu hari nanti ada yang GIVE UP. Hidup berumahtangga ini perlu ada tolak ansur, bukan ditolak beransur-ansur. Suami dan isteri adalah rezeki dan amanah yang perlu dijaga sebaik-baik mungkin, kalau tidak dijaga dengan baik, tidak mustahil Allah akan mengambil semula amanah itu dan akan diberikan kepada orang yang lebih layak menjaganya.

Kepada ibubapa mertua, kakak ipar, abang ipar dan adik2 ipar...terimalah ahli baru di dalam keluarga anda dengan hati yang terbuka. Datangnya kerana dipinang bersendikan adat, hadirnya kerana ijab dan qabul yang melambangkan kerelaannya menjadi ahli keluarga kita...lalu, kasihilah menantu kita, kakak ipar kita, adik ipar kita, abang ipar kita, dengan hati yang penuh kasih sayang. bukan dengan penuh prasangka dan rasa curiga. Ingatlah, kalau tetamu yang datang bertandang pun wajib dilayan dengan baik, apatah lagi menantu yang akan menjaga anak kita dan bakal cucu2 kita, insyaAllah.


Kepada menantu2 pula..ingatlah, bila bernikah dengan suami atau isteri kita, kita bukan diberikan lesen untuk memutuskan pertalian keluarga. Seperti kata ustaz Don Danial yang sangat saya hormati, "menjadi tugas saya membahagiakan kedua-dua belah keluarga, kalau bahagia dia (isterinya)...bahagialah saya. kalau syurga dia, syurgalah saya." kata-kata yang sangat bermakna.


Dan selalulah ingat bila menjadi suami dan isteri, jangan hanya pandai menuntut hak kita, tapi tanyalah soalan...sudah tertunaikah kewajiban kita kepada suami atau isteri kita?


Selamat Pengantin baru dan semoga berbahagia selalu. Bahagia yang benar2 berlandaskan Quran dan Sunnah. Bukannya bahagia menurut kacamata barat.

wassalam

Dr/madam Fauziah,
AIKOL (Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws), IIUM

Saturday, October 13, 2012

kenapa? (save the date)

Assalamualaikum wbt,
dear blog.
today is really just a gloomy day
it keeps on raining outside.
sejuk. rasa sejuk yang buat kita rasa lonely. bad feelings. right :)?
i don't know if you guys can see the raindrops in this picture
hujan dekat luar, hujan jugak dekat hati. hujan jugak dekat pipi :)
tak tahu lah kenapa.
hari ni juju emosi je.
air mata tak berenti mengalir.
mula-mula sebab i saw something sweet,
tapi lepas tu sebab someone asked me about something.
something yang juju tak suka.
penat sungguh diri ni terpaksa menahan emosi
Ya Allah, whatever happens, don't make me lose my faith.
don't make me lose my love to you.
make it stronger Ya Allah.

Friday, October 12, 2012

juju's jet lag

Assalamualaikum wbt,
bila baca perkataan jet lag tu mesti orang tertanya-tanya kan?
yelah, juju ni pegi mana sampai nak ber jet lag segala bagai.
hehehe
juju tak pegi mana-mana pun,
masih kat uia ni je jugak nya :)
sebenarnya term jet lag tu juju refer pada satu malam hari tu
errrmmm, rabu malam kalau tak salahnya
juju and friends were trying to complete our Morphology assignment before we submit it to our lecturer, Dr. Maskanah Mohd Lutfi by 9 a.m. thursday.
by completing here juju meant that we were editing the assignments, were compiling the assignments and finishing the slides.
Dr. Maskanah is leaving for hajj this sunday. that is why she sorta cramping everything meant for the whole semester (14 weeks) into 5 weeks. it is very challenging i must say.
phewww, tough life indeed for this semester.
back to the topic,
juju and friends didn't sleep for the whole night. considering that we won't be having any morning class for a month due to Dr. Maskanah's leave.
juju balik bilik around 7 in the morning and getting ready for my sleep when my yayang called. then i just fell asleep until my alarm clock woke me up at 9 a.m. guess what, juju totally forgot that she didn't have any morning class, that she took her bath and sorta grabbed everything that she can just to make it to the class on time.
i walked like half of the way then i remembered. BUSTED!!!!
(tepuk dahi)
then balik, tapi sebab dah terlampau cergas time getting ready for the class tu, (adrenaline rush)
bila juju dah sampai bilik, juju dah tak mengantuk.
so, juju buat keja EAW sket. at 3.30 p.m., juju pergi kelas EAW.
and malam tadi, (khamis malam)
pukul 3.30 pagi baru juju tido and bangun kul 6 pagi. i felt totally sick.
pergi mengajar and jaga budak-budak kat tempat transit tu sampai 11 pagi. then straight pergi beli lunch, (or rather should i call it brunch for a very late breakfast but a very early lunch),
then around 2.30 pergi balik tempat tuisyen plus transit tu untuk mengajar and menjaga budak-budak while the parents datang jemput dorang.
juju sampai bilik tadi dah 7.30 malam.
phewwwhhh.
alive.
Alhamdulillah.
dan itulah keadaan jet lag juju,
or nak cakap days lag???
urm, anyone?


and, today, Allah tunjukkan sesuatu yang sangat indah buat juju masa dekat tempat tuisyen tadi.
masa tu dah pukul 5.45 petang. ada dua orang je lagi yang belum balik. Ammirul Afiq, dan Muhammad Irfan. dorang berdua ni memang suka menyakat juju. macam-macam yang disakatnya. Ya Allah, kadang-kadang terasa geram dengan dorang ni. and trust me, dorang sangat suka bercakap. kadang-kadang rimas jugak, tapi layan jer. zasssss
hahaha.
juju dengar bunyi dorang pergi toilet, sebab dengar dorang bukak paip air.
dorang keluar je, dorang cakap ngan juju, "Mu'allimah (cikgu dalam bahasa arab), ana (saya) mandi. hehehe."
juju yang tengah tunduk baca paper lama, tengok dorang. mencurah-curah air dari rambut dorang.
juju cakap la, "lap la rambut tu. nanti demam."
pastu dorang cakap, "macam mana nak lap, takde tuala."
juju bangun, hulurkan dorang tisu. dorang ambik, juju pergi ke pintu. sebab hujan, juju tengok la cuaca kat luar tu ha.
dengar la Irfan tu cakap, "macam mana Mu'allimah nak balik, hujan ni." dalam dua tiga minit macam tu, baru juju jawab.
"takpe, keja saya tunggu kamu balik. kamu dah balik nanti baru saya fikir cam ne nak balik hujan-hujan ni."
senyap.
senyap lagi,
and senyap lagi.
eh, mana dorang ni?
juju pusing,
tahu ape yang juju nampak?
dorang tengah solat.
time-time tu jugak laju je air mata turun.
terharunya ya Allah.
tak dapat nak gambarkan rasa terharu tu.
tak dapat nak gambarkan rasa indah tu.
Alhamdulillah,
sejuk perut mak mengandung.
hilang penat ayah bersusah payah mencari rezeki membesarkan mereka.
Ammirul Afiq (baju putih) dan Muhammad irfan (baju biru) tengah solat asar
Alhamdulillah Ya Allah :)
 lessons of the day
terima kasih Ya Allah,
mereka yang kecik ni pun tahu jaga solat,
kenapa kita yang dah besar ni susah pula nak tunaikan tanggungjawab yang satu ni?
nota buat diri sendiri juga.
wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...