thanks for your visits :)

Saturday, October 3, 2009

perpisahan...

Brothers

Doa Perpisahan


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci


Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini


"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu


Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu

Assalamualaikum wbt,
kawan-kawan sebilik mula meninggalkan bilik ni. Mula meninggalkan Nilai. juju rasa sedih. kerana lepas ni, tak tahu akan jumpa lagi atau tak. dan juju sangat tak suka perpisahan. tapi kadang-kadang perpisahan adalah yang terbaik buat kita. macam sekarang ni. berpisah dari family. kadang-kadang jugak kita yang kena berundur. kita yang kena mengalah. juju belum bersedia nak balik rumah sebenarnya. dengan bangganya juju mengisytiharkan hari ni, sebagai "hari tak nak jawab phone calls sedunia". kenapa? sebab tadi called ma, tapi tak berjawab. beberapa kali je mencuba. no biggy. n heart feeling tooo. sibuk kot.

hari ni mungkin hari terakhir update blog. kat umah takde tenet-tenet. macam mana nak update blog? hahahaha. tengok lah nanti. bila ada kemudahan, baru boleh update balik. dan kalau panjang umur jugak. juju tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk juju pasni. plan bolehlah.

teman,
injak kakiku terasa longlai diudara,
tiada rasa sayu,
tiada rasa pilu,
andai aku tiada,
abadikan memori kita bersama,
pahatkan tanda kuburku,
dengan kasih sayang kalian,
seharum mawar putih,
dan haruman kasturi.

kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat, dan teman-teman yang juju kasihi sekalian. maafkan kesalahan juju dari hujung rambut sampai hujung kaki. halalkan apa yang juju termakan, terminum, dan terambil. last but not least from juju@miss strawberry,

andai hidup itu punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula,
tapi seandainya mati itu punca perpisahan,
biarlah hidup membawa erti yang nyata.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...