thanks for your visits :)

Showing posts with label muhammad arif shahir. Show all posts
Showing posts with label muhammad arif shahir. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Makin sayang. Keliru dengan perasaan.

Hari rabu (13/1) hari tu juju pergi klinik kesihatan untuk buat bsp (blood sugar profile). Juju drive sendiri. While going through the procedure at the nurses' station, where they're going to prick my finger to get a blood sample and put it on a strip to get the sugar level reading, juju duduk membelakangkan pintu masuk dan tempat menunggu. Tahu tahu bila juju dah siap dan dah bangun untuk balik, eh nampak abang ada dekat kerusi tu. Smiling.

I was surprised. But happy and relieved at the same time. Jadi sepanjang masa drive balik ke rumah dari klinik dan singgah ke shell, abang ikut dari belakang. Yes. I felt relieved. Rasa selamat.

Malam tu pergi bsp yg last terus pergi uia. Dari uia pergi karaoke dan terus ke ikip tanjung lumpur.

Dear abang,
You keep on giving me the hints that i understood as you're still love me.
But petang tadi abang cakap tak tahu rasa apa. Because you chose to ignore everything. Semua yang abang buat atas rasa tanggungjawab je.

Haishhh,
Feelings are complicated.

Yes i know you won't read what i wrote here. Hahaha.

Silly me.

But i need to get things off my chest

Friday, January 15, 2016

Perasaan itu apa?

Ada masa aku tak rasa apa-apa,
Ada masa aku terlebih rasa,
Ada masa aku punya soalan yang tak terjawab banyaknya,
Ada ketika aku tertanya hala tuju kita kemana.

Ada satu hari tu aku buat kerja gila. Balik dari tempat kerja aku ke pantai sepat.
Melayan rasa.
Menangis semahunya.
Tak pasti perasaan apa.
Tak pasti rasa aku apa.
Yang aku tahu,
Aku tak cukup kuat dah.

Dari sana aku singgah dekat masjid tanjung lumpur. Berlama-lama disitu sampai isyak. Mencari kekuatan. Menepis kegilaan. Belum berlama dipantai sana, aku rasa mahu ke tempat lapang lagi. Apa yang tak kena juju?Entah, kemana je kaki ni pergi, kesitulah bakal aku duduk sampai puas hati. Dalam banyak-banyak tempat, Tc jugak yang dipilih.

Sejuk. Nyaman. Sunyi. Sedih. Terasing. Bercampur menjadi satu rasa yang aku kira tak pasti apa namanya. Kesian anak ini. Menjadi mangsa kegilaan perasaan ibunya. Harus aku lebih menjaga diri. Kerana tak lama lagi dia bakal berjauhan dengan papanya, harus aku sentiasa ada buat dia.

Dear abang,

Apa perasaan abang dekat mira? Yes, abang selalu cakap nanti lepas habis pantang kita buat itu ini. Nanti kita set up gerai nasi lemak sama-sama. Nanti kita kesana sini sama-sama. Do you still love me the same? Or even more than before? Do you?

Tuesday, January 12, 2016

Ingat tak?

Abang tahu tak,
Setiap malam mira baring sebelah abang,
Mira tertanya-tanya,
Apa perasaan abang dekat mira?
Mira tengok je muka abang sampai mira boleh lelap.
Sebab mira takut,
Takut sangat-sangat kalau satu hari nanti bila mira bukak mata abang takde sebelah mira.
Mira tak nampak muka abang bila bangun dari tidur.

Abang ingat tak yang abang pernah cakap dekat mira,
Yang kalaupun kita pisah sekarang,
Abang cakap one fine day abang akan kembali ke mira.
Kembali ke baby.
Kembali ke keluarga kita.
Abang yakin abang akan kembali ke family kita ni.

Tapi kan abang
What if abang tak balik dah sampai bila-bila?
What if abang jumpa orang pastu abang tak nak balik ke mira dengan baby dah?

Masa tu mira la yang paling menyesal sebab lepaskan abang pergi.

Sebab tu mira cakap dengan abang yang mira tak nak pisah sampai bila-bila. Mira takkan lepaskan abang sampai bila-bila.

Abang faham tak?
Mira takut kehilangan abang sampai bila-bila.

So please jangan pujuk mira untuk lepaskan abang pergi. Mira tak mampu.

Semalam mira happy sangat-sangat tahu tak.
Sebab abang ajak mira teman abang hantar barang.  Sebab abang bercerita banyak. Mira happy sebab abang ajak pegi kl 3 hb nanti dengan abang. Dengan baby.

Walaupun mira nampak mata abang sembap semalam. Macam baru lepas menangis.

Abang,
Kita jangan pisah sampai bila-bila yea?
Lillahi mira sayang abang sampai bila bila.


(P/s: Terima kasih belikan mira karipap dengan kuih buah melaka hari ahad tu. Sayu je rasa nak makan)


(P.p/s: mira rindu abang. Hari ni abang balik rumah mama mira rasa sunyi. Sebab abang kat sana jadi mira tahu abang akan jarang or tak reply whatsapp mira langsung)

Saturday, January 9, 2016

Failed to read the cues

Yelah. Aku sorang je lah yang fail bab bab baca hints dan cues orang ni. Kau tak pulak.
Sebab tu ke kau tak nampak yang aku sayang kau sangat sangat?
Tak faham ke semua yang aku buat tu sebab aku nak kau stay dengan aku.
Dengan family kita ni.
Dengan anak yang bakal lahir ni?
Tak nampak?
Hari tu kat tc boleh je abang cakap abang sayang orang.
Last last esok nya terus cakap feeling abang dekat orang dah zero.
Tahu tak sakit dia tu macam mana?
Arif shahir mohd asri awak faham tak?

Entah apa kesudahannya

Salam'alaik

Hari rabu lepas, sebelum ke tc buat kali kedua tu, abang ingat tak yang kita ada cakap cakap kat depan tu?
About our feelings.
Sampai mira tanya abang if abang masih rasa kosong dengan mira.
Abang cakap tak.
Abang cakap kita bukan started from scratch dah.
Sebab kita kat tengah sangat sangat dah.
And that we can make things work.
Just like what you said that night you were crying.
Abang cakap abang akan pastikan hidup kita bahagia..

Little did i know.
Zero feelings abang dekat dia tu dah tak zero dah.
Kecewa tak payah cakap.
Abang pergi jumpa dia.
Abang tipu mira lagi.
Abang buat mira benci diri sendiri.
Abang buat mira benci dia sangat sangat.
Abang buat mira rasa sakit teramat.
Buat mira rasa nak dia sakit sama macam apa mira rasa.

Alang alang mira sakit.
Biar kita semua sakit.
Kan senang macam tu.
Biar mira buat dia pergi sejauh mungkin.
Mira takde daya nak buat perasaan abang hilang.
Walaupun dia cakap abang macam-macam.

Leave other people alone?
Nope.
Sebab abang dah drag dorang masuk.
Semua dah terlibat.
So i'll do what i have to do.
Sampai bila bila.
Tak kisah walaupun malam tadi abang pukul mira macam apa sampai sakit sakit badan mira.
Gigit sampai bengkak lebam semua.
Takpe. Janji baby takde sakit pape.
Sanggup kan abang pukul mira yang tengah sarat semata-mata sebab dia.
Macam dah masuk hantu.
Tak boleh nak lupakan dia?
Tapi abang boleh pulak lupakan Allah masa dengan dia?

Hampir gila sebab dia takut mira viralkan gambar tu?
I will do exactly that kalau abang tinggal mira.
I will do exactly that kalau abang ignore mira.

Supaya dia dapat rasa sikit,
Macam mana hampir gilanya mira dapat tahu pasal abang dengan dia.
Supaya abang faham jugak apa yang mira rasa.
Baru sama sama rasa dan merasa.
Kan?

Tuesday, January 5, 2016

Sudden date

Salam'alaik

Last night we went to tc looking for his spectacles' frame. Pusing pusing dalam arked dekat tc dari satu kedai ke satu kedai. Finally jumpa dua yang sama😁.
Abang cakap senang nanti kalau patah lagi dah ada spare.

Mula mula ingat macam nak balik terus, tapi bila  ternampak kiosk ais krim mcD tu macam terliur la pulak. Hahaha. Dah la pasni kena pantang sejuk sejuk setahun demi kesihatan dalaman tubuh badan😄😄.

So sundae cup for each of us.
Chocolate for him and strawberry for me.
Duduk betul betul atas batu depan kiosk ais krim tu. Dengan beranginnya. Dengan sejuknya.. Dengan suasananya. It feels just right. Lama dah tak keluar jalan jalan macam tu.
Hahaha. It felt a bit awkward jadi juju tak tahu nak buat apa.
Rasa macam masa mula mula date dulu.
McD jugak. Ada sundae jugak.
We talked. Casually.

And i do hope jiwa abang yang masih terasa kacau itu cepat tenang.

Abang, terima kasih untuk malam tadi.
I miss you. I really do. And i do hope we are getting better. Better and better for each passing day. Till death do us part.

(P/s: The compliment you gave me yesterday, mira akan ingat sampai bila-bila taw😘😘 )

Sunday, January 3, 2016

Dah lama

Salam'alaik

Abang
Dah lama mira tak nampak abang like apa-apa yang mira share dekat fb. Even dekat post yang mira tag abang.

That moment i thought you were extremely busy that you had no time to entertain small things like liking my post or comment anything.

Sekarang abang ada like apa yang mira share. And i actually cried. Was it because i miss you doing it so much?
Was it because you gave me some of your time to pay an attention to me?
Was it because i saw hope in this relationship?

Are we getting better abang?
Most of the times kan, bila mira jumpa love quotes yang best best, mira rasa nak bagi je ke abang. Tapi mira takut jugak kalau kalau mira kacau abang. Takut abang tak suka.

Abang sayang,
Terima kasih layan mira baik baik.
Terima kasih for your smiles.
Terima kasih for your times.
Terima kasih for your presence.
Thank you for staying here.

Terima kasih makan apa yang mira masak.
I could never thank you enough.
Terima kasih for your loving words.
I love you.
Mira rasa takut nak cakap depan depan i love you. Takut abang tak suka.

Abang,
Apa pun jadi dimasa depan,
Mira takkan pegi mana mana. Mira akan tetap tunggu abang kat sini. Dengan mawar.
Mira akan tetap sayang abang sorang je.
Okayy?
😘😘

Saturday, January 2, 2016

Numb

On the night of the new year we went for midnight movie. Watching Ip Man 3.
One of things that i've been wanting to do since we moved here. But due to limited time and financial resources, lists are going longer but no cross off marks.

First movie date for 4 years of marriage.
The first movie date was when we were a couple. Tengok cerita shrek 4 happy ever after.

He said he'd done it a few times already. Sadly not with me😢.

Throughout the movie, i've been wanting to hold his hand. But too afraid to do so.
And i guess i looked at him more often than putting my eyes on the screen. With this giant question mark in my head.

"Abang, masih rasa kosong ke bila abang tengok mira?"

"Abang, what are you feeling right now?"

"Abang, do you enjoy this moment as much as i am?"

And a lot more q's that i myself have no answers.

On our way back,
He talked a lot.
About why he took those decision.
About what he's feeling.
About his family.
About why i'm gonna hurt and suffer more when i stay.

Hey hubby,
This wife of yours is so strong that she survived living even when most of the times she's alone.
A few more hurtful events won't hurt her as much as she's going to hurt when you leave her in the nearest future.

Setiap kali mira ulang.
Tak mengapa kalau sakit
Kerana penawarnya abang.

Bila abang ulang ulang pasal pisah is a better decision, this wife feels like dying.
Dia terus lembik.
Tak kuat.
Dia rasa numb.
Hidup macam tak ada ertinya lagi.
Masa tak terasa berlalu pergi.
Air mata mengalir tak berhenti.

Tuesday, December 29, 2015

Cinta tak memerlukan sebab

Salam'alaik
Abang
Tadi petang masa dalam kereta abang tanya mira,
Kenapa after all things that happened recently,
Mira still sayang abang sangat-sangat.
Kenapa mira susah nak let go abang?

I guess i'm just clueless. Like everytime abang tanya mira dari dulu, kenapa mira sayang abang, kenapa mira cinta abang, mira always clueless kan. Pengakhirannya jawapan mira adalah mira tak punya sebab menyayangi abang.

Yang mira tahu, mira sayang abang.
Yang mira tahu, mira cinta abang.
Sampai bila-bila pun, abang will always be my one and only.

Abang,
Andai mira cinta abang kerana harta,
Takkan mira sanggup terima abang masa abang tak punya apa-apa.
Andai mira cinta abang kerana abang berupa,
Maka takkan mira mahu bersama dengan abang sampai ke tua.

Andai mira cinta abang kerana mira tak punya sesiapa istimewa,
Kenapa cinta itu makin bertambah rasanya?
Andai mira cinta abang kerana mengimpikan kesenangan semata, mengapa sanggup mira bekerja.
Abang juga pun sanggup korbankan masa untuk bekerja.

Yang mira tahu,
Mira sayang abang.
Setiap inci abang mira sayang.
Setiap kelemahan dan kekurangan abang mira sayang.
Mira bersyukur dengan setiap kelebihan abang.
Mira cintakan kekecewaan abang.
Mira cintakan segalanya tentang abang.
Segala-galanya.

Bagaimana mira boleh tenang sedang abang kegelisahan?
Sebab mira cintakan abang.
Bagaimana andai mira sakit lagi dimasa depan?
Tak mengapa kerana penawarnya abang.

Iya,
Tak mengapa andai keadaan takkan sama seperti biasa.
Mira tak dambakan keadaan kembali seperti biasa.
Mira cuma mahu kita terlebih lagi cinta.
Dari yang dulu.
Hingga yang kita rasa cuma sesuatu yang berbeza tetapi lebih baik keadaannya.
Different, but better.

Abang sayang,
Usah risau memikirkan segalanya bersendirian.
Apa rasa yang ada, kita kongsi bersama.
Kerana disaat terikatnya kita,
Sudah didalam hati ini mengangkat sumpah setia,
Abang seorang untuk mira sampai bila-bila.
Abang cinta mati mira.
Sehingga yang mira mahu biar ajal yang pisahkan kita bukan sesuatu yang tak sepenting mana.

Abang sayang,
Sampai bila-bila cinta mira untuk abang.
Untuk keluarga kecil kita.
Takkan pernah berubah hati ini.
Tetaplah abang seorang dihati.

Wednesday, December 23, 2015

If only you could see

Abang
If only you could see me here.
Sakit abang.
Sakit sangat hidup macam ni.
Please abang, come back to us.
Kita hidup macam dulu-dulu

Ya Allah, juju tak kuat dah.

Tuesday, December 22, 2015

Buat suami

Assalamualaikum abang

Kehadapan suami yang sentiasa disayangi dan dicintai,
Mira harap abang sihat, dan disembuhkan dari segala kesakitan, dijauhkan dari segala kesedihan, semoga semuanya diganti dengan kegembiraan.

Sungguh, melihatkan keadaan abang sekarang mira rasa sedih. Tak pernah mira nak abang rasa sedih untuk apa-apa perkara sekalipun.

Abang,
Kemana hala hubungan kita sekarang?
Yang mira tahu, selagi mira mampu, mira akan jaga hubungan ni. Kenapa? Sebab tu janji mira sewaktu mira dengar lafaz akad yang empat kali tu. Empat kali ikat abang. Takkan semudah itu merungkaikannya.
Allah maha tahu betapa mira tak mampu buat apa-apa tanpa abang.
Dan Dia juga yang maha tahu betapa mira sanggup telan dan tahan saja semuanya untuk kekalkan ikatan kita ni.

Abang tahu? Hari jumaat malam tu selepas menangis semahu-mahunya, mira reda. Andai kata kehilangan abang tu sebaiknya, maka mira cuba untuk reda. Andai tidak, mira mohon Dia pulangkan abang ke mira.

Abang dah balik. Welcome home. Tapi sementara sekarang, cuma jasad abang disini. Jiwa dan hati abang masih diawang-awangan. Abang, mira mintak maaf.

Mira sayang abang. Sampai bila-bila.

Sunday, December 20, 2015

bukan ini caranya abang T_T




please abang.please don't leave us T_T
takkan mira bahagia bila abang tinggal mira macam tu je


peritnya perpisahan wahai suami T_T

Angin bawalah aku pergi

Pergi dari kesakitan ini

Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi

Tinggalkan semua mimpi dan janji

Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati



Monday, March 11, 2013

new handbag

Assalamualaikum wbt,
i wasn't always a big fan of a handbag, but when hubby gave me this one,
i just fall in love with it.
he knows how to choose just the right one, he knows my liking :)
thank you Mr. Hubby :)

Saturday, December 10, 2011

lazing around

Assalamulaikum wbt,
gosh, i'm exhausted. really tired that one thing keeps on coming after another.
good thing that i'm done with my American literature exhibition. Alhamdulillah.
right now i just need sometime to laze around and have a good resting day.
the question is, WHEN?
perhaps when this semester ends.
the other day, my sayang gave me a brand new hand phone. white in color. Sony Ericsson Walkman c100i. so cute that it seems i can't stop holding it. kawaiiii desu~
haven't gave her name yet :)
so cute kan?
plus he gave me a a pair of shoe.
comel jugak kan :)

dia bagi juju ni jugak, sebab katanya kaki juju selalu sangat melecet bila pakai kasut baru :)
Rantai untuk si putih :)

Tuesday, October 25, 2011

Happy Birthday Sayang

Assalamualaikum wbt,
blog,
post juju yang kedua hari ni khas juju tujukan buat kesayangan juju, Muhammad Arif Shahir, yang menyambut Hari Kelahirannya yang ke-20 pada 21 Oktober 2011 lepas. kami belum celebrate lagi. juju cuma belanja dia makan kat warung feveret* dia kat PJ :)

happy 20th birthday sayangMySpace.
may Allah bless you with a blissful life ahead.
may He grant all your wishes and gives you only the best
may all happiness in this world belong to you
because you are my beloved and i want to have only the best.
please be happy dear
please be tough,
like always :)

Sunday, August 14, 2011

sekian lamanya tak hapdet :)

Assalamualaikum wbt,
ok, juju tahu dah lama juju tak hapdet. tapi, ada juju kesah?
hehehehe. sebenarnya, kes keja la yang membantutkan hasrat murni saya untuk menghapdet blog yang tak seberapa ni. puh~nat sangat taw keja. ingat senang ke nak mencari sesuap nasi ni? walaupun kat kfc tiap-tiap hari boleh makan nasi dengan ayam kfc sampai nasinya dah tak boleh diterima dek tekak saya yang comel ini.
untuk makluman, keja saya sangat penat. berdiri 24 jam. kaki sampai terasa kejang. macam maw pengsan taw. jadi, sila hargai usaha mak bapak anda bekerja. jangan nak menghabiskan duit tak tentu hala. jangan nak perasan kaya kalau family kita tak senang sangat. pastu demand nak menda yang branded ngan mak bapak. ape, ingat mak bapak kita tu cop duit ke?
 ish, hangin betul juju ni.
ok, chill sket. 
meh juju nak cter, juju dah beli camera yang sangat comel warna putih. nama dia Snowy. hehehe. nak tengok gambar dia tak?
 pastu, ni pulak gambar Snowy dengan members gadget yang lain :)
 

boleh la juju beraya dengan camera baru. tinggal nak tukar cover handset sony ni je jadi putih. and beli handset baru kaler putih. Mr. Caer cakap sony experia comel,
nanti le, tengok bajet dulu. hehehehe.
ok lah, out dulu.
*pasni juju sambung lagi.
*pasni tu maksudnya tengoklah ble juju ada peluang nak hapdet lagi
hehehehe :D
tatata. nak pegi guardian ni.

Saturday, June 11, 2011

baby, strawberry's, and juju's sayang.

Assalamualaikum wbt,
oh sudah lama ketinggalan untuk bersembang dengan kamu blog.
meh juju nak cter ni.
this my new baby niece.
her name is Qaisara Rose Dayana binti Rozaini.
i know, she has a long name but will be called only on first name unless we, or specifically me get angry and i'll call the name by the full name.
this is one of my habits when i get angry. i'll call the people by their full name, or their name that i know.
Qaisara Rose Dayana Rozaini :)
Alkisah jugak, masa juju kuar ngan cik sayang juju pegi setelkan hal keje kat Maybank and singgah IOI Mall Puchong, kami dengan Qaseh, (juju bawak Qaseh sebab takde orang nak jaga), kami singgah Daiso. kedai yang jual barang-barang dari Jepun. ngah jalan-jalan cari mug strawberry yang juju tak sempat nak beli dulu, kami ternampak strawberry water pail ngan strawberry washbowl. ape lagi, sambar terus. hehehehe.
ni la mug yang juju nak tu. terus sayang juju belikan dua. juju satu dia satu :)
strawberry water pail :)

strawberry wash bowl :)
paling best, kat KL Sentral semalam sayang juju belikan strawberry ear muff. comel sangat, oh tolong la. macam nak pengsan tengok ni. terus juju cuit dia, buat muka comel. and sayang pun terus belikan.
terima kasih sayang dah tolong saya dengan koleksi strawberry saya ni :)
you are the best sayang :)




ok, itu lah citer nya.
nanti juju tulis lagi eh blog,
juju nak pergi berdondang sayang ngan strawberry-strawberry juju ni.
oh oh oh oh, sangat comel
tatatata, jumpa lagi blog

Thursday, June 9, 2011

penat

Assalamualaikum wbt,
lama juju tak hapdet (update) blog ni.
gomen blog.
juju penat pegi setelkan menda-menda berkaitan ngan kerja.
nasib baik ada cik sayang juju, caer chomot momot.
terima kasih sayangMySpace
dalam dua hari lagi juju start keja. time tu memang tak sempat nak update la kot.
pape pun, tengok dulu ye blog?
juju nak citer yang juju dapat new baby niece.
tak sure lagi ape nama dia.
comel sangat.
berat taw dia.
4 kgs berat lahir.
hehehehe.
hari ni juju pegi hospital.
tengok baby la.
dapat le peluang nak peluk cium baby tu.
best sangat bau dia.
bau baby memang best,
kan?

nanti juju taw ape nama baby, juju gtaw sume.
juju nak ambil peluang ni,
nak berterima kasih ngan sayang juju yang banyak tolong juju semalam
terima kasih sayangMySpace
sayang juju pun teman belikan strawberry pail and strawberry wash bowl
memang comel tahap hikmat petala ke lapan.
nanti juju upload gambar the strawberry's tu yeaMySpace?
ok la
juju penat
need some rest.
what more lengan juju sakit.
sampai tak boleh tido malam tadi.
dah makan ubat tahan sakit pun tak jalan
cian sayang juju, juju kacau dia malam tadi
sorry sayangMySpace
ok la
tatatatatata

Friday, May 20, 2011

presents from him part 2

Assalamualaikum wbt,
sesuai dengan tajuk kat atas tu, juju nak share pasal hadiah dari cik caer chomot momot.
ada lagi yang tertinggal tak termasuk dalam entry pertama pasal hadiah dari dia tu.
phone straps ni hadiah pertama yang dia bagi kat juju. after two weeks kami couple.
juju ada snap masa dia first bagi tu, tapi dah hilang la gambarnya. terpaksa lah juju snap lagi, tapi dah agak rosak la. tak secantik dulu. tapi still, phone straps ni adalah antara barang yang paling juju sayang.
dapat masa pergi iftar karate kat CFS Petaling Jaya pada August 9th 2009@7.00 pm :)
selain dari beg snoopy dalam previous entry, dia ada bagi beg strawberry ni jugak.
like i told u guys before, dia memang tahu yang juju sangat suka strawberry, jadi dia bagi lah beg ni.
tomey kan? ;)
apart than just crayon drawing, dia ada bagi juju potret. sangat suka, dan juju rasa sangat istimewa. ada dua, memang hasil tangan dia,
ni yang first, kawan-kawan juju cakap tak sama sangat. tapi juju suka, sebab juju tahu how much efforts he put in it,
takkan la juju tak suka, kan b?

yang ni pulak, mengikut cakap kawan-kawan juju more like me. whatever it is, juju sayang sangat dengan potret ni
thanks a lot b :)
sweater ni juju yang mintak from him
don't know why, tapi dia layan and bagi je.
baju ni la yang dia pakai masa first kami keluar "date" :)

jam ni pun dia yang bagi
juju took it as a sign that he wants me to remember him every time, everywhere, and every place :)
p/s.sila abaikan tangan model itu. hehehehe
see, guys. perempuan tak perlu hadiah yang mahal melampau-lampau. enough with some sincere efforts, kami dah cukup puas hati dan gembira. lagipun, it's thoughts that matters, not the price. while girls, remember, hargailah apa yang orang dah bagi regardless of the price. be glad that he remembers you. it means that everywhere, every time, and every place you are in his thoughts. tak perlu nak demand. cinta kan tak perlu menyusahkan. cinta itu sesuatu yang sangat senang untuk dibahagiakan. be grateful coz everything starts from LOVE :)
 see you soon.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...