kembar, tu ha tajuk post kali ni. alkisahnya tadi masa juju nak buat kek cawan@cupcakes, macam biasa lah juju pecahkan telur tu and masukkan dalam mangkuk. sampai giliran telur yang ke-4, keluar la isinya yang mana kuning telur tu ada dua. kembar. pewit, best......
mungkinkah ini merupakan satu tanda yang juju akan dapat anak kembar? ;) (p/s:sila lempang saya laju-laju right on my left cheek, hehehehe) |
zaman dulu-dulu, orang tak berani nak makan makanan yang kembar ni. contohnya, pisang, strawberry, betik and sometimes telur. dorang percaya yang kalau makan makanan kembar akan buat dorang mengandungkan anak kembar. disebabkan payahnya nak melahirkan anak dulu dengan teknologi yang kurang canggih, maka semua orang memang takut la nak dapat anak kembar.
tapi sekarang ni, semua orang berebut nak anak kembar. siap makan ubat lagi. juju pun kalau boleh nak gak anak kembar ni. dah siapkan nama dah pun.
semuanya berpangkal ZMA untuk anak-anak lelaki dan berpangkal ZNA untuk anak perempuan. i bet, they must be looked as sweet as their daddy.
(okay, sila lempang saya laju-laju. dan jangan termuntah)
ok lah, esok juju update lagi. sok ada citer hot nak kongsi ngan blog ni
tatatatata blog.
sayang kamu
No comments:
Post a Comment