thanks for your visits :)

Tuesday, December 22, 2015

Buat suami

Assalamualaikum abang

Kehadapan suami yang sentiasa disayangi dan dicintai,
Mira harap abang sihat, dan disembuhkan dari segala kesakitan, dijauhkan dari segala kesedihan, semoga semuanya diganti dengan kegembiraan.

Sungguh, melihatkan keadaan abang sekarang mira rasa sedih. Tak pernah mira nak abang rasa sedih untuk apa-apa perkara sekalipun.

Abang,
Kemana hala hubungan kita sekarang?
Yang mira tahu, selagi mira mampu, mira akan jaga hubungan ni. Kenapa? Sebab tu janji mira sewaktu mira dengar lafaz akad yang empat kali tu. Empat kali ikat abang. Takkan semudah itu merungkaikannya.
Allah maha tahu betapa mira tak mampu buat apa-apa tanpa abang.
Dan Dia juga yang maha tahu betapa mira sanggup telan dan tahan saja semuanya untuk kekalkan ikatan kita ni.

Abang tahu? Hari jumaat malam tu selepas menangis semahu-mahunya, mira reda. Andai kata kehilangan abang tu sebaiknya, maka mira cuba untuk reda. Andai tidak, mira mohon Dia pulangkan abang ke mira.

Abang dah balik. Welcome home. Tapi sementara sekarang, cuma jasad abang disini. Jiwa dan hati abang masih diawang-awangan. Abang, mira mintak maaf.

Mira sayang abang. Sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...