thanks for your visits :)

Tuesday, December 29, 2015

Cinta tak memerlukan sebab

Salam'alaik
Abang
Tadi petang masa dalam kereta abang tanya mira,
Kenapa after all things that happened recently,
Mira still sayang abang sangat-sangat.
Kenapa mira susah nak let go abang?

I guess i'm just clueless. Like everytime abang tanya mira dari dulu, kenapa mira sayang abang, kenapa mira cinta abang, mira always clueless kan. Pengakhirannya jawapan mira adalah mira tak punya sebab menyayangi abang.

Yang mira tahu, mira sayang abang.
Yang mira tahu, mira cinta abang.
Sampai bila-bila pun, abang will always be my one and only.

Abang,
Andai mira cinta abang kerana harta,
Takkan mira sanggup terima abang masa abang tak punya apa-apa.
Andai mira cinta abang kerana abang berupa,
Maka takkan mira mahu bersama dengan abang sampai ke tua.

Andai mira cinta abang kerana mira tak punya sesiapa istimewa,
Kenapa cinta itu makin bertambah rasanya?
Andai mira cinta abang kerana mengimpikan kesenangan semata, mengapa sanggup mira bekerja.
Abang juga pun sanggup korbankan masa untuk bekerja.

Yang mira tahu,
Mira sayang abang.
Setiap inci abang mira sayang.
Setiap kelemahan dan kekurangan abang mira sayang.
Mira bersyukur dengan setiap kelebihan abang.
Mira cintakan kekecewaan abang.
Mira cintakan segalanya tentang abang.
Segala-galanya.

Bagaimana mira boleh tenang sedang abang kegelisahan?
Sebab mira cintakan abang.
Bagaimana andai mira sakit lagi dimasa depan?
Tak mengapa kerana penawarnya abang.

Iya,
Tak mengapa andai keadaan takkan sama seperti biasa.
Mira tak dambakan keadaan kembali seperti biasa.
Mira cuma mahu kita terlebih lagi cinta.
Dari yang dulu.
Hingga yang kita rasa cuma sesuatu yang berbeza tetapi lebih baik keadaannya.
Different, but better.

Abang sayang,
Usah risau memikirkan segalanya bersendirian.
Apa rasa yang ada, kita kongsi bersama.
Kerana disaat terikatnya kita,
Sudah didalam hati ini mengangkat sumpah setia,
Abang seorang untuk mira sampai bila-bila.
Abang cinta mati mira.
Sehingga yang mira mahu biar ajal yang pisahkan kita bukan sesuatu yang tak sepenting mana.

Abang sayang,
Sampai bila-bila cinta mira untuk abang.
Untuk keluarga kecil kita.
Takkan pernah berubah hati ini.
Tetaplah abang seorang dihati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...