sementara agak berkelapangan di awal sem ini
juju surf internet
cari maklumat sikit untuk projek yang deadlinenya adalah pada awal april
ini janji juju pada seseorang yang juju akan siapkannya tepat pada masa yang dijanjikan.
insya Allah, juju mahu siapkan projek tu.
juju mahu tunaikan janji pada seseorang.
Ya Allah, mohon juju diberi kekuatan.
tadi juju buka youtube, terjumpa dengan beberapa link yang pasal kak wardina buat ceramah.
apa yang dia cakap ada betulnya. pasal cantiknya wanita bukan sebab cantik fizikalnya,
bukan sebab mahalnya baju dia, bukan sebab anggunnya gaya dia. tapi cantiknya seseorang wanita bila dia yakin dengan apa yang Allah kurniakan pada dia. cantiknya wanita apabila dia percaya dengan hikmah kejadian dia.
cantiknya wanita apabila dia tidak berputus asa, tidak mudah rebah diasak penghinaan. tidak mudah menyerah dengan cubaan.
cantiknya wanita yang berusaha memajukan diri dengan mencari ilmu. dan ilmu boleh dicari dengan pembacaan. bukan dengan membaca bahan hiburan, bukan dengan membaca majalah picisan. bacalah apa yang dibaca para ilmuwan. bacalah bahan yang menambahkan pengetahuan, yang memajukan diri untuk mendekati Tuhan.
nah, apa lagi yang kita tunggu?
jika menanti seruan,
seruan tak akan datang.
carilah seruan, tandanya mendekati dan sentiasa mendatang.
nilailah dengan mata hati
pasti yang dicari tak kabur lagi.
pasti yang mana permata mudah dikenali.
dan blog kak farah lee juga banyak membantu menguatkan semangat juju
betul la kata dia, apa la difikirkan pandangan orang?
pandangan Allah terhadap kita lebih penting.
masih ada peluang untuk melahirkan diri kita yang lebih baik
grab the chance
pandangan Allah terhadap kita lebih penting.
masih ada peluang untuk melahirkan diri kita yang lebih baik
grab the chance
don't let it slip away....
tinggal usaha cuma.
No comments:
Post a Comment