Assalamualaikum wbt,
ada orang tanya juju pasal status juju bila dorang baca post juju yang lepas ni.
masalahnya, yang baca orang lain, yang tanya orang lain.
kalau nak tahu, kenapa tak tanya juju sendiri?
nape perlu dia menceritakan pada orang lain, dan menokok nambah cerita yang sejengkal menjadi sedepa?
inilah perangai manusia zaman sekarang yang pada juju membuatkan orang takut nak mendekati Islam.
tak semestinya juju tulis post tu juju dah kahwin
sekadar nak berkongsi apa yang juju baca kat facebook.
sebab ramai orang yang sebaya juju dah mula mendirikan masjid diusia muda.
Alhamdulillah.
dan bagi yang belum kahwin, Islam ada memberi panduan bagaimana nak cari pasangan hidup yang betul
so that takde lah nak bercerai berai segala bagai.
and people,
what is wrong with talking about fiqh wanita (haid, nifas, istihadah and etc) ?
bukankah menuntut ilmu tu wajib?
bukannya berdosa cakap mengenai itu
kerana dalam ramai-ramai wanita sekarang,
berapa kerat je yang tahu pasal ni?
dan juju mengaku yang juju tak tahu.
dan juju masih belajar
maka juju menyeru semua untuk turut belajar.
dan sekarang ramai pulak manusia sibuk nak menjaga tepi kain orang kan?
tak salah.
tegur la kalau juju buat menda mungkar,
tegur la kalau juju wat salah,
tegur la kalau juju tersesat dalam hal agama
tak perlu rasanya nak sebar kan menda yang bukan-bukan,
menda yang tak bertul.
kerana dosa fitnah itu lebih teruk dari dosa membunuh,
kerana dosa fitnah itu tak akan diampunkan Allah selagi mana kita tak mohon kemaafan dari orang yang kita fitnah.
hot dan emosi saya sekejap.
sabar juju, sabar,
and lagi juju nak cakap pasal orang yang merasa mereka lebih baik ni.
macam trend pulak.
dari sekolah lagi,
mereka yang tahu lebih pasal agama ini enggan berkongsi,
enggan bergaul dengan mereka yang lebih cetek agama.
malah, memandang rendah mereka ini.
Astaghfirullah hal adzim.
bukan ke bila buat macam tu kamu menunjukkan kecetekan ilmu kamu sendiri.
memang, kita hendak lah memilih kawan.
tapi, bukan ke kita menjauhi mereka setelah habis daya dan usaha kita untuk menarik mereka ke pangkal jalan?
bukan ke setelah kita tak berdaya nak mencegah dengan tangan dan lisan barulah kita menggunakan hati yang merupakan selemah-lemah iman dalam mencegah kemungkaran?
Islam bukan hanya pada ibadah, bukan hanya pada hal-hal besar, tapi juga pada sekecil-kecil urusan.
kamu kata kamu Islam, tapi apa hal nya dengan kamu membiarkan rakan yang lain menunggu kamu sehingga setengah jam untuk discussion?
lalu datang tanpa rasa bersalahnya.
kamu secara tak langsung membuatkan orang upset dengan kamu,
buat orang kecewa dengan kamu.
Islam itu mendidik kita menepati janji.
kalau janjinya pukul 9, sharp at 9 dah patut ada disana.
tapi kamu, 9:34 baru sampai.
apa itu?
jangan diambil Islam itu hanya separuh,
apply la secara keseluruhannya.
dan jangan dipandang rendah manusia lain. kita tak tahu apa yang akan jadi dimasa akan datang.
mungkin sejahat-jahat manusia akan jadi sealim-alim hamba.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
belasungkawa :(
(1)
bestday :)
(3)
dear 28 years old me
(1)
family
(3)
family caer dan juju
(2)
friends :)
(1)
gift/presents
(3)
islah
(6)
just Me
(22)
kerja
(3)
masak memasak
(1)
masterpiece
(2)
muhammad arif shahir
(25)
muhasabah
(10)
outspoken
(2)
poemS
(5)
random
(22)
Save the date
(1)
story
(10)
the cutes
(1)
the strawberry's
(1)
tips
(1)
untuk awak yang saya sayang
(4)
untuk kamu
(2)
weddings
(2)
No comments:
Post a Comment