thanks for your visits :)

Monday, May 23, 2011

kenapa menulis juju?

Assalamualaikum wbt,
ada orang tanya juju, nape buat blog kalau tak nak bagi orang baca.
erm, juju agak tercengang. jawapannya, juju menulis blog bukan untuk dibaca oleh orang lain.juju menulis untuk kepuasan sendiri.juju menulis kerana juju memang suka menulis. juju menulis kerana juju lebih senang bercerita di blog berbanding bercerita kepada orang. juju lebih senang begini. juju memang suka menulis diari. tapi kalau dulu di buku, kini diblog pula, lebih mudah bukan?

at first, juju fikir menulis di buku lebih senang. kerana boleh dibawa kemana-mana. tapi semenjak juju mula menjejakkan kaki di institusi pengajian tinggi, laman blog jadi pilihan. lebih menjimatkan. terutama bagi juju yang mempunya habit untuk mengoyakkan kertas dari buku apabila karya yang cuba ditulis tak menjadi. atau apabila basah terkena air mata, atau air tertumpah tanpa sengaja. ye, sehelai dua mungkin tak menjadi masalah, tapi lama-lama?

pasti nipis buku, mungkin yang dikoyak lebih banyak. lebih menjimatkan juga apabila juju terlalu pokai untuk membeli buku yang baru yang duit perlu diperuntukkan untuk hal yang lebih penting.

juju menulis, so that when i'm old enough, i can flip these pages and wonder how times has made me a wiser grown up young lady. so that i can keep the trace of my life journey and be grateful of how Allah helps me, and gives me the strength to keep going on my life.
dan juju menulis, kerana menulis meringankan beban di minda juju. juju menulis sebagai jurnal hidup juju.

dan bukannye juju tak mahu blog ni dibaca orang. bacalah kalau anda secara kebetulan terjumpa. and be my best guest to comment. cumanye, untuk juju promote blog ni, it's just so not me. sangat awkward situasi itu. biar la orang jumpa sendiri. juju pun bukanyye orang yang sangat famous.
kan? :)

tatatata

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...